Monday, March 7, 2022

UCAPAN TERIMA KASIH


Saya ingin merakamkan setinggi-tingi ucapan terima kasih kepada Puan Noranyza Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dan En. Amalulkhair Sarbini kerana sudi datang bagi mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti pada majlis Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia pada kali ini.


Terima kasih juga kepada Tuan Timbalan Pengarah Akademi, Tuan Haji Zulkfli Md Yusoff dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademi, En Muhammad Rafie Hamzah kerana sudi menjadi wakil Politeknik Muadzam Shah dalam menjayakan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia pada edisi kali ini.

LAWATAN PM KE BOOTH PMS

 

Majlis diteruskan dengan Perdana Menteri Malaysia melawat booth-booth pameran yang terdiri dari rakan-rakan strategik Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia. Booth Politeknik Muadzam Shah mendapat sambutan yang meriah dari pengunjung. Pada lawatan tersebut, pihak PMS telah menghadiahkan cenderahati kepada Perdana Menteri berupa potret beliau yang dibuat secara digital printing.



Di kesempatan ini juga, kami sempat bergambar bersama Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Hasni Mohamad yang bersama-sama Perdana Menteri mengikuti Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia pada kali ini.



PERSEFAHAMAN PERLANTIKAN RAKAN STRATEGIK

 

Majlis diteruskan lagi dengan majlis menandatangani persetujuan perlantikan rakan strategik Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang dianggotai oleh 15 IPTA dan IPTS yang menganggotai jelajah ini. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti juga tidak ketinggalan untuk bergabung menjadi rakan strategik di dalam Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia pada kali ini. JPPKK diwakili oleh Puan Noranyza Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar turut sama menandatangani persetujuan perlantikan ini. Majlis ini turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia.




ATURCARA MAJLIS


Para pengunjung telah membanjiri di Dewan Sebaguna, Jalan Genuang, Segamat seawal jam 3.00 petang untuk menanti kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob untuk merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022. Ini adalah lokasi pertama dalam siri jelajah pendidikan ini dan selepas ini jelajah ini akan diteruskan ke 52 lokasi kawasan parlimen di seluruh negara.

Kelihatan pengunjung yang menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 yang terdiri dari Jabatan Pendidikan Daerah Segamat dan Agensi-agensi kerajaan.


Ketibaan Perdana Menteri Malaysia, jam 3.30 petang di Dewan Serbaguna, Jalan Genuang Segamat disambut oleh YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YAB Dato' Haji Hasni Mohamad, Menteri Besar Johor, YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk, Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia.


Majlis diteruskan dengan ucapan Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia. Diikuti oleh ucapan daripada YAB Dato' Haji Hasni Mohamad selaku Menteri Besar Johor dan seterusnya majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.


Seterusnya adalah gimik pelancaran perasmian Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.





PERSIAPAN BOOTH PADA HARI PAMERAN

 


Bertolak dari Muadzam Shah, jam 8.00 pagi dan sampai di lokasi tempat program berlangsung hampir jam 10.00 pagi.


SURAT PANGGILAN JPKM

 

 

Program outreach yang pertama pada tahun 2022 iaitu Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia. Surat telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti agar Politeknik Muadzam Shah dapat mengadakan pameran pada program tersebut.

Majlis tersebut pada awalnya diadakan pada 6 Mac 2022 di Felda Pemanis 2 akan tetapi tempat dan lokasinya berubah disaat-saat akhir iaitu di Dewan Serbaguna, Jalan Genuang, Segamat pada tarikh yang sama.


Persiapan yang rapi seharusnya dibuat untuk majlis ini yang mana perasmian tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob.

UCAPAN TERIMA KASIH

Saya ingin merakamkan setinggi-tingi ucapan terima kasih kepada Puan Noranyza Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAP...