Para pengunjung telah membanjiri di Dewan Sebaguna, Jalan Genuang, Segamat seawal jam 3.00 petang untuk menanti kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob untuk merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022. Ini adalah lokasi pertama dalam siri jelajah pendidikan ini dan selepas ini jelajah ini akan diteruskan ke 52 lokasi kawasan parlimen di seluruh negara.
Kelihatan pengunjung yang menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 yang terdiri dari Jabatan Pendidikan Daerah Segamat dan Agensi-agensi kerajaan.
Ketibaan Perdana Menteri Malaysia, jam 3.30 petang di Dewan Serbaguna, Jalan Genuang Segamat disambut oleh YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YAB Dato' Haji Hasni Mohamad, Menteri Besar Johor, YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk, Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia.
Majlis diteruskan dengan ucapan Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia. Diikuti oleh ucapan daripada YAB Dato' Haji Hasni Mohamad selaku Menteri Besar Johor dan seterusnya majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Seterusnya adalah gimik pelancaran perasmian Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
No comments:
Post a Comment